KELAS NADI X MAHIR – MAHIR JAHIT MINGGU 18

13 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 12 Mei 2026 – Kelas Mahir Jahit Minggu-18 telah berlangsung dengan jayanya di NADI Bengoh pada hari Selasa, dari pukul 3:00 petang hingga 4:30 petang. Kelas kali ini memfokuskan kepada topik “Draf Pola Kurta” yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penyediaan pola pakaian kurta dengan teknik yang betul dan kemas.

Seramai dua orang peserta wanita telah menghadiri sesi pembelajaran tersebut. Para peserta diberi tunjuk ajar berkaitan cara mengambil ukuran badan, melakar pola asas kurta serta memahami langkah-langkah penting sebelum proses pemotongan kain dilakukan.

Sepanjang kelas berlangsung, peserta menunjukkan minat dan komitmen yang baik dalam mempelajari kemahiran jahitan khususnya dalam menghasilkan pola pakaian tradisional moden. Program ini diharap dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran jahitan serta memberi manfaat dalam kehidupan harian dan peluang penjanaan pendapatan pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali